Bismillah
Assalamualaikum WBT
Masa jikalau digunakan dengan memenuhi perkara yang bermanfaat terasa begitu cepat berlalu. Sedar-sedar sudah jam 1.00 petang. Sebentar sahaja lagi suami akan pulang dalam hujan rintik-rintik. Kasihan pula kepada beliau yang gigih mencari rezeki hendak dibawa pulang kepada anak dan isteri. Semoga Allah memberkati usaha beliau dan permudahkan urusannya seharian. Aamiinn. Biarlah saya berdoa di alam maya.juga; setidak-tidaknya sidang pembaca pun turut aminkan. Senyum tanda berterima kasih daun keladi.
Entri kali ini bukanlah perbahasan, tetapi perkongsian mengenai teguran ayah saya yang dimuliakan Allah SWT (Aamiinnn) kepada kami seisi keluarga mengenai solat. Sudah kebiasaan kita dengar para ustaz dan ustazah bercakap mengenai pentingnya menyegerakan solat iaitu solat di awal waktu yang membawa erti solat sebaik sahaja tamat panggilan azan. Mungkin akibat loyar buruk yang sudah sebati dalam kehidupan kita, solat yang ditunaikan itu dilakukan dengan sangat 'segera'; dalam ertikata lain, tergesa-gesa.
Nak-nak pula yang ada ilmu tentang Rukun Sah Solat, jadi solatnya cukup-cukup makan sahajalah. Bacaan dalam solat pun yang wajib-wajib sahaja. Baca Al-Fatihah sahaja, ruku' pula baru sahaja ruku' sesaat tiba-tiba sudah i'tidal dan tidak semena-mena sudah sujud dan duduk di antara dua sujud dan sujud kembali. Sekelip mata sudah siap solat, air wudhuk pun belum sempat kering. Inilah yang ayah gelar 'solat seperti ayam patuk padi'. Soalnya, tenangkah hati kita seusai bersolat ala patuk-patuk begini?
![]() |
| Pernah perhatikan ayam makan? Gambar hiasan dari carian Yahoo.com |
Sekian, Al-Fatihah hadiah sempena 9 Muharram untuk Emak dan Ayah yang dirindui.
Wassalam WBT
-------------------------------------------/--<@
Berminat menyertai mana-mana kelas seperti di bawah? Boleh e-melkan kepada saya di snurulhusnahashim@gmail.com
1. Kelas Asas Blog dan Penulisan
2. Kelas Asas Blog dan Fanpage
3. Kelas Beriklan di mudah.my
4. Pra-daftar Kelas Penulisan Kreatif Bulan Disember

No comments:
Post a Comment