Thursday, 5 December 2013

Kenangan Aidil Adha 2012 dan Aidil Fitri 2013

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Kesian Abdullah semalam tidur dan bermain dengan Abi. Ummi hanya mampu lihat dan menyusu adik Lina sahaja dan kemudian terus tidur. Abdullah pun lena juga tapi kerap terjaga berpusar-pusar di atas tilam lalu Abi pindahkan ke dalam buai, pun masih terkodek-kodek di dalam sana. Kasihan Abdullah, mesti menagih perhatian ummi.

Sengaja saya postkan gambar kenangan, waktu ini Abdullah berusia lebih kurang lima bulan, kami sekeluarga besar Tok Wan Shim dan Tok Dah pertama kali ke kedai gambar mengambil gambar kenangan beramai-ramai.

Ini gambar setelah di edit kerana ada yang tidak kelihatan.
Dan ini gambar kenangan keluarga sebelah Abi tetapi tidak cukup korum, sewaktu Hari Raya Aidil Fitri 2013, waktu ini adik Lina masih di dalam perut, menunggu masa untuk menjengah ke dunia.

Kasihan Abi dengan Abdullah tak sempat ready.

Sekian

Wassalam WBT

No comments:

Post a Comment