Thursday, 9 January 2014

Eksplorasi Lontaran dan Balingan Abdullah

Teks: Snh Nurulhusna

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Abi sudah pulang, seronoknya Abdullah dan Lina, dua-dua berhimpit dengan Abi pula melepaskan kerinduan. Hari ini Abi tambah seekor lagi kucing mainan untuk Abdullah. Bertambah seronoklah Abdullah; Adik Lina pun  senyum-senyum melihat kucing yang terkodek-kodek itu.

Alkisah semalam, sebuah gelas dicampak Abdullah dan malam ini sebuah kole pula dicampaknya. Barang yang pecah itu kami tidak kisah kerana lumrah benda baharu memang ada ajal mautnya. Yang dirisaukan ialah serpihan kaca yang terpelanting jika tidak dibersihkan dengan elok alamatnya lukalah kaki si kecil ataupun kami berdua.

Saya faham peringkat umur seperti ini kanak-kanak sedang mengeksplorasi bunyi-bunyian dan impak perbuatan mereka yang melontar, membaling, memicit, menyepak dan sebagainya. Bila dilontar, mereka memerhati ke manakah objek tersebut pergi. Jika pecah mereka ingin mengutip serpihannya. Selagi tidak puas hati, selagi itulah mereka akan mengulangi perlakuan tersebut. Macam-macam gaya yang keluar. Biarlah kerana ini melatih koordinasi dan kinestetik tubuh badannya.

Nampaknya, jika ada rezeki lebih, bolehlah kami beli pinggan mangkuk berasaskan plastik selepas ini. Keluaran Tupperware pun nampak cantik juga kan Abi? Kena pulun buat promosi untuk kelas-kelas online, Insha Allah tercapailah hasrat hendak dapatkan perkakas rumah yang selamat untuk kanak-kanak. Orang perempuan macam inilah, otak fokus kepada hendak membeli sahaja. Gelak sekejap sebagai tanda penutup entri malam ini.

Sekian,

Wassalam WBT

2 comments:

  1. Wahhh..sabarnya ibu ni. heheheh. lepas ni mmg conform kena tukar set pinggan mangkuk plastik. Teringat seorang sepupu, dia berkahwin dengan lelaki Arab. Satu hari sepupu terpecahkan pinggan dan terluka tgnnya. Masa itu juga suami dia keluar rumah beli pinggan mangkuk plastik tidak mahu isterinya luka lagi. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Astaqfirullahal'azimm, Maria, kadang-kadang memang hilang sabar, tapi dalam hal terpecahkan kaca-kaca ni memang Alhamdulillah mak ayah saya pon ajar macam tu. Tak sayang benda keterlaluan, Insha Allah. Masih mendidik sifat sabar dalam diri ini tau Maria, dalam hal-hal lain :) hihi

    ReplyDelete