Thursday, 2 January 2014

Pegang Kunci Sudah, Enjin Belum 'Start'!

Teks: Snh Nurulhusna

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Pagi hari ini, masih membaca dan memahami apa yang terkandung di dalam e-book. Lega rasanya tidur yang tidak cukup telah selamat di-'qadha', jadi semangat menulis sudah boleh disalurkan kembali apabila tenaga kembali ke tahap mampu bekerja. Maafkan saya kerana saya memang jenis orangnya perlu cukup tidur, jikalau tidak nanti badan mudah 'masuk angin'. Kata dua makna dan memang saya maksudkan kedua-duanya sekali.

Pulang ke kampung halaman suami kali ini agak sibuk dengan si kecil yang pertama kali berjalan jauh. Perutnya sedikit tidak selesa namun Alhamdulillah, berkat persediaan yang diilhamkanNya, tangisan si anak dapat diredakan. Saya tumpukan pada anak-anak dan sesekali menjeling-jeling di kaca komputer ini jikalau si abangnya tidak datang terhangguk-hangguk minta mainkan video Raihan 25 Rasul itu.

Sambil menulis entri ini, sambil menjeling e-book, hadam sedikit tulis sedikit kemudian baca lagi. Almaklumlah, saya hendak fahamkan betul-betul, rugilah masuk kelas belajar sambill lewa pula. Malu dengan barisan penulis-penulis 'hard-core' yang ada di dalam kelas! Karya mereka nampak begitu 'high-class' dan saya pula masih pegang kunci belum hidupkan enjin.

Insha Allah, selesai membaca saya akan siapkan pula ulasan e-book yang telah dikhatam. Mudah-mudahan dapat memberi gambaran kepada pembaca di luar sana yang masih mengintai-intai untuk mendaftar menjadi rakan sekelas saya.

Sekian,

Wassalam WBT

No comments:

Post a Comment